Wednesday, December 15, 2010

Terapi Sutra - Urutan Tengkok, Kepala dan Bahu (Head,Neck & Shoulder)

Lazimnya Terapi Sutra memberi perkhidmatan ini pada majlis-majlis tertentu kepada badan-badan korporat. Terapi Sutra menamakannya Corporate Massage di mana pengamal Terapi Sutra di panggil untuk memberi urutan kepada bahagian Tengkok, Kepala dan Bahu (Head, Neck and Shoulder).

Urutan ini lazimnya mengambil masa lebih kurang antara 10-15 minit seorang, bertujuan untuk memberi keselesaan kepada yang ingin mendapat urutan sedemikian. Orang yang diurut hanya perlu duduk dengan relaks di kerusi dan pengamal akan melakukan urutan secara berdiri di belakang orang yang diurut.

Urutan ini dapat membantu melegakan stress atau sakit kepala.  Urutan sebegini selalunya tidak menggunakan minyak.

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila berhubung di terapisutra@yahoo.com

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment