Arwah tok saya meninggal ketika umurnya hampir 100 tahun. Saya sememangnya merupakan cucu kesanyangan dia. Walaupun di saat-saat akhir umurnya, dia masih mahu mengurut saya ketka saya bertemu dengannya seminggu sebelum dia mennggal dunia. Saya banyak belajar teknik-teknik yang digunakannya. Semuga ilmu yang diturunkannya dapat saya gunakan untuk kebaikannya di alam barzah.
Tapi bukan itu yang mahu saya cerita. Saya sangat teruja dengan kesihatan umum tok saya. Walaupun dia sudah tua, dia masih kuat berjalan mencari akar-akar kayu atau pun dedaun yang hendak dijadikan ulam atau pun minyak urut. Apa yang menghairankan saya ialah dari mana tenaga itu datang? Saya sentiasa memerhatikan dia. Apa yang dia selalu buat sebelum hendak tidur adalah mengambil sedikit minyak yang dibuatnya sendiri dan mengurut dirinya sendiri. Mula-mula tapak kaki kiri, lepas tu tapak kaki kanan sampai ke bahagian lutut. Selesai kaki, dia mengurut tangannya. Tak lama sebenarnya, adalah lebih kurang 20 minit sahaja setiap sessi. Itu lah yang dia akan buat setiap hari. Saya tak pernah ambil kesah sangat sebab pada saya itu dah jadi habit dia. Kadang-kadang tu saya tanya dia, tak boring ke. Dia diam jer. Tapi bila badan rasa lenguh2, saya akan cepat2 minta dia urut. Dia hanya akan cakap, belajar lah. Boleh urut diri sendiri kalau lenguh2. Saya kata, mana bes tok. Dia diam aje.
Satu hari masa saya cuti panjang, dia panggil saya dan suruh urut dia. Saya pun kata malas lah, tak reti la tok. Dia insist jugak. Selepas ngok-ngek, ngok-ngek dengan dia, maka saya pun mengalah lah.Saya pun hemtam keromo aje lah urut dia ikut cara-cara yang pernah digunakannya. Sebagai cucu yang nakal dan nak habiskan cepat, saya pun saje-saje picit dia kuat-kuat supaya dia boring dengan saya and end the urut session. Tapi dia diam je tak komplen apa-apa. Sampai sejam baru dia suruh brenti. Sakit jari saya.
Besok tu pun sama jugak dia suruh urut dia. Selama 3 malam berturut-turut saya kene seksa hahahaha. Boring betul. Lepas 3 malam, dia tak suruh dah. Seronoknya sebab dia kata dia pulak nak urut saya. Saya pun syok lah dapat urut free. Tapi bila dia urut sakit ya amat. Rasa macam nak lari pun ada, tapi orang kata sakit sedap. Rupa-rupanya bila dia picit urat-urat yang sakit tu, dia kata ada angin, ada urat dah kematu, ada urat stress dan mcm-mcm lagi lah. Saya meng iakan aje. Malam kedia pun sama jugak, sakit nak mampos kata orang hehehe. Tapi malam ketiga dah tak rasa-apa-apa dah. Saya pun tanya dia la apasal dah tak sakit. dia kata dia dah tolak angin lah, tolak racun lah dan mcm-mcm lah. Saya teruja dengan explainaton dia. Lepas tu barulah dia aja cara-cara macam mana nak mengurut. Masa tu saya tak lah pay attention sangat, tapi saya ingatlah apa yang diajar. Bila kat sekolah, ada kawan-kawan yg terpeleot main bola, saya lah yg jadi tukang urut. Tapi tok kata kalau kaki bengkak jangan urut dulu. Jadi saya pun bubuh je ais, atau pun kalau tak de ais, suruh je kawan-kawan beli eskrim Malaysia yg dalam plastik tu boh kat kaki dorang kasi bengak surut. lepas bengkak surut baru lah saya urut. Masa tu kat asrama, tak de minyak urut. So bantai je pakai minyak rambut hahahaha. Tapi hasilnya sukses. Lepas tu saya pun jadi physio tak resmi kawan-kawan lah. Saya cas la dorang mee goreng sepinggan kat kantin hehehe. Masa isap rokok, mintak je dua batang kat yg isap rokok hahahaha.
Lepas sekolah tak de lah urut-urut orang lagi sampai lah kawin, urut bini lah apa lagi hahahahaha.
Lama-kelamaan terasa la pulak nak jadikan mengurut ni punca pendapatan. Jadi saya pun pergilah belajar secara khusus dan teratur. Dari pembelajaran baru lah saya tahu betapa pentingnya seseorang tu mesti selalu berurut terutama sekali untuk melancarkan darah dan untuk kesihatan am. Semua cikgu saya menyatakan yang sama termasulah satu kenalan saya dari Rusia yang saya bersembang dengan dia dia suatu penerbangan ke US dulu. Sepanjang perjalanan saya berborak dengan dia dan dia pun ada mengajar beberapa teknik kepada saya.
Kepada semua, saya mengesyorkan berurut selalu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sebaik-baiknya setiap minggu. Kalau yang tak mampu nak pegi spa atau pusat-pusat mengurut, pergila cari orang-orang yang pandai mengurut. Tapi seelok-eloknya cari lah yang telah belajar secara khusus kerana mengurut ni bukanlah suatu perkara yang oleh dipandang remeh kerana jika silap boleh menyebabkan internal injury.
Jadi hati-hati ya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment