Dua petang yang lalu saya dijemput oleh sifu saya untuk membantu beliau menjalani khidmat corporate massage kepada tetamu British Council yang berkunjung ke Malaysia. Rata-rata tetamu itu adalah para akademis dari pelbagai fakulti dan pelbagai universiti dari Britain. Ramai kalangan yang mendapat servis dari saya adalah dekan-dekan dan pensyarah. Saya juga teruja memberi servis kepada dekan-dekan dari fakulti pentadbiran perniagaan dari universiti yang mana saya mendapat ijazah sarjana (Masters degree) saya, sebuah university yang sangat tinggi rankingnya di England. Banyaklah yang kami bertukar-tukar pendapat terutama sekali keterujaan mereka terhadap profesyen yang saya ceburi iaitu complementary therapy.
Kita tinggalkan lah cerita di atas. Corporate massage adalah suatu khidmat baru yang menjadi semakin popular di banyak negara atas angin. Corporate massage adalah satu khidmat di mana syarikat-syarikat besar mula mendapatkan terapis-terapis yang bertauliah (certified therapist) untuk datang memberi khidmat terapi head, neck and shoulders kepada pekerja-pekerja mereka. Ini sangat penting kepada mereka kerana melalui terapi ini, pekerja-pekerja yang keletihan dan berhadapan dengan muscle stress kerana terlalu lama bekerja dihadapan komputer akan dapat segera memulih semangat mereka setelah mendapat terapi masaj head, neck and shoulders selama antara 15-20 minit.
Adalah sangat penting mendapat khidmat dari terapis yang bertauliah kerana mereka ini berkebolehan menyelongkar urat-urat yang mengalami stress/tekanan. Dengan skill yang mereka pelajari, umumnya mereka akan berjaya merungkai simpul-simpul urat yang menyebabkan stress yang kadangkala membuat pekerja sangat tidak selesa, sakit tengkok dan leher, sakit bahu dan ada yang menghadapi pening disebabkan oleh stress muscle mereka. Apabila ini berlaku, produktiviti akan menurun dan ramai juga di kalangan mereka akan sentiasa balek awal atau pun call in sick.
Dengan adanya sesi corporate massage ini, perkara negatif seperti di atas dapat dikurangkan. Pekerja juga akan sentiasa mengambil peluang ini kerana mereka tahu bahawa mereka akan mendapat terapi sebegini secara percuma di mana kos untuk mendapat khidmat yang sama agak tinggi jika mereka pergi ke spa-spa terapi komersal. Corporate massage juga adalah satu umpan banyak syarikat-syarikat besar mendapat pekerja-pekerja berkualiti apabila diberitahu bahawa syarikat menyediakan hidmat masaj head, neck and shoulder secara berjadual sebagai salah satu insentif kepada pekerja mereka.
Para terapis corporate massage juga perlu bijak berkomunikasi terutama sekali dalam memberi sedikit edukasi kepada subjek mereka dan bagaimana simpulan-simpulan urat berlaku. Pengetahuan mengenai anotomi fizikal seseorang manusia juga sangat penting kerana ini membantu mereka memberi pandangan dan pendapat jika seseorang subjek mereka ingin mengetahui sebab-sebab stress berlaku mahupun lain-lain kesakitan yang bersangkutan dengan fizikal mereka. Pengengetahuan ini sangat penting sebagai terapis corporate massage. Para terapis juga perlu mempelajari adat sopan ketika melaksanakan corporate massage kerana umumnya corporate massage dilaksanakan secara terbuka. Para terapis juga mesti bersedia untuk bekerja dalam jangka watu yang panjang dimana mereka terpaksa berdiri sepanjang sesi corporate massage.
Kini syarikat-sayarikat besar di Malaysia juga mula mengamalkan insentif sebegini kepada pekerja mereka terutama sekali untuk majlis-majlis tertentu mereka, mesyuarat-mesyuarat yang memakan waktu yang lama lagi stressful, di majlis makan malam, di hari keluarga, ketika waktu-waktu sibuk diakhir tahun di mana akaun syarikat perlu ditutup dan sebagainya.
Cheers..
Tuesday, March 22, 2011
Sunday, March 13, 2011
Terapi urutan al-hijamah (Massage Cupping therapy)
Selain daripada bekam kering (dry cupping) atau bekam basah (wet cupping) yang juga dikenali sebagai bekam darah, satu kaedah yang sangat menarik dan melegakan badan ialah urutan bekam iaitu alat bekam menyedut permukaan kulit dan pengamal bekam akan melurut cawan bekam itu keseluruh tubuh orang yang mendapat terapi ini.
Melalui kaedah ini, cawan bekam yang dilurut keseluruhan tubuh akan menyedut toksid kepermukaan kulit, memecah darah beku dan angin-angin toksik yang terkumpul dibawah permukaan kulit. Sangat janrang kaedah ini akan mengeluarkan darah tetapi kesan-kesan kemerahan akan dapat dilihat di permukaan kulit. Kesan ini bagaimanapun akan hilang dalam 1-2 hari dan ia tidak menyakitkan.
Kaedah ini sangat berguna untuk melegakan orang-orang yang berpenyakit darah tinggi, kencing manis, kelesuan, sakit kepala, sengal-sengal badan, urat-urat yang tegang (muscle tightness) dan sebagainya.
Namun demikian pengamal terapi urutan bekam akan berhati-hati atau akan menolak terus dari melalukan kaedah urutan bekam ini jika pesakit menghidapi demam panas, HIV/AIDS, kulit yang nipis dan mudah berdarah, sakit kulit, ataupun orang yang mengandung.
Terapi Sutra mengamalkan kaedah ini untuk melegakan ramai pesakit-pesakit yang menghadapi masalah seperti yang disebut diatas.

Friday, March 11, 2011
Product update!!!
"batang", oleh terapi sutra akan ditemui di pasaran dalam masa yang terdekat ini! Insyaallah, ia akan menjadi rakan karib setiap lelaki. Ia akan membantu menghidupkan malam-malam anda bersama isteri. Ia mungkin dapat membangkitkan semangat yang sedang tidur.
"batang", by terapi sutra will soon hit town. It will be men's best friend, a therapeutic oil that would sensationalized the bedroom for married couples. It will create a new wave to those hibernating. Insyaallah.
Tungguuuuuuu!!!!
Pesanan Masyarakat - Jauhi zina!

Friday, March 4, 2011
Bekam/Cupping
Berbekam atau cupping atau dalam bahasa latin cucurbitula (sebutan kukurbitula) atau dalam bahasa Arabnya Al-hijamah, dan dalam ilmu perubatan China yang disebut sebagai Gua-sha, adalah merupakan satu terapi tua yang menjadi amalam orang dulu-dulu untuk tujuan kesihatan. Ia adalah satu amalan yang disyurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Berikut adalah petikan-petikan amalan berbekam yang diceritakan didalam hadith.
"During the battle of Khaibar in 7 H with the Yahudi, a jewish woman prepared some meat which she filled with deadly poison and presented to Rasullulah. Upon tasting the meat, the poison affected Rasullulah, he then used to undergo cupping in order to relieve himself from effects of the poison in his blood (Syamail Muhammad SAW by Imam At-Tirmizi)
Rasullullah was once hurt on his leg, hence (probably due to the clogging of the blood), he underwent cupping on his leg. (Misykat)
Rasulullah said, “Jibril (‘alayhissalam) repeatedly emphasised upon me to resort to cupping to the extent that I feared that cupping will be made compulsory.” (Jamal Wasail)
Anas ibn Malik reports that Rasulullah said, “The best medicine is Hijamah.” (Syamail, chapter of Cupping)
Abu Kabsya narrates that Rasulullah used to undergo Hijamah on the head and between his shoulders and he used to say, “Whosoever removes this blood, it will not harm him that he does not take any
other medical treatment.” (Misykat)
Rasulullah praised a person who performs Hijamah, saying it removes blood, lightens the back and sharpens the eyesight (Jamal Wasail)."
Umumnya berbekam adalah rawatan yang menyedut permukaan kulit menggunakan alat bekam seperti gelas, tanduk, buluh dan sebagainya, untuk mengeluarkan angin, toksik, darah kotor, darah beku dan sebagainya. Kalau dulu amalan bekam yang digunakan oleh terapis bekam Melayu mengunakan tanduk, kini evolusi terapi holistik moden memperkenalkan penggunaan gelas yang lebih selamat dan bersih.
Berbekam adalah untuk semua peringkat umur tetapi terapis bekam haruslah terlebih dahulu memeriksa (assess) orang yang ingin berbekam supaya ianya dapat dilakukan dengan efektif. Contohnya, Orang yang berkulit sangat kering atau sangat berkedut, tidak digalak berbekam. Begitu juga orang-orang yang berpenyakit AIDS/HIVdimana risiko jangkitan adalah tinggi jika terkena darah mereka.
Orang-orag yang mempunyai fobia yang tinggi melihat darah juga tidak digalakan berbekam sekiranya terapis bekam itu mengamalkan bekam basah dimana darah akan keluar. Bagaimanapun rata-rata lebih 60% terapis bekam pada hari ini mengamal bekam kering dimana hanya kesan-kesan kemerahan sahaja akan kelihatan selepas berbekam dan kesan-kesan ini akan kembali normal setelah beberapa hari bergantung kepada keadaan seseorang itu.
Berbekam tidaklah menyakitkan malahan memberi keselesaan kepada yang dibekam kerana setelah berbekam tubuh mereka akan dialirkan darah yang lebih bersih. Adalah menjadikanamalan yang lebih baik jika menjalani terapi urut dahulu kemudiannya disusuli dengan berbekam.
Marilah kita explore amalan berbekam ini supaya kita bukan sahaja dapat hidup dengan lebih sihat malahan dapat juga mengamal sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Perlu diingat, kita sebagai manusia hanya lah akan terus berusaha, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Setiap penyakit yang diberi olehnNa adalah ujian bagi kita dan setiap penyembuhan yang diberi oleh Nya adalah rezeki kita. Jika junjungan nabi kita mengesyorkannya sehingga dia bimbang amalan berbekam akan menjadi suatu yang wajib kepada umat Islam, barangkali it is worth to at least try it once in our lifetime. Allahualam.
Terapi sutra dalam masa terdekat akan menjadi terapis bekam ini, insyaallah.
Wassalam.

Subscribe to:
Comments (Atom)