Selain daripada bekam kering (dry cupping) atau bekam basah (wet cupping) yang juga dikenali sebagai bekam darah, satu kaedah yang sangat menarik dan melegakan badan ialah urutan bekam iaitu alat bekam menyedut permukaan kulit dan pengamal bekam akan melurut cawan bekam itu keseluruh tubuh orang yang mendapat terapi ini.
Melalui kaedah ini, cawan bekam yang dilurut keseluruhan tubuh akan menyedut toksid kepermukaan kulit, memecah darah beku dan angin-angin toksik yang terkumpul dibawah permukaan kulit. Sangat janrang kaedah ini akan mengeluarkan darah tetapi kesan-kesan kemerahan akan dapat dilihat di permukaan kulit. Kesan ini bagaimanapun akan hilang dalam 1-2 hari dan ia tidak menyakitkan.
Kaedah ini sangat berguna untuk melegakan orang-orang yang berpenyakit darah tinggi, kencing manis, kelesuan, sakit kepala, sengal-sengal badan, urat-urat yang tegang (muscle tightness) dan sebagainya.
Namun demikian pengamal terapi urutan bekam akan berhati-hati atau akan menolak terus dari melalukan kaedah urutan bekam ini jika pesakit menghidapi demam panas, HIV/AIDS, kulit yang nipis dan mudah berdarah, sakit kulit, ataupun orang yang mengandung.
Terapi Sutra mengamalkan kaedah ini untuk melegakan ramai pesakit-pesakit yang menghadapi masalah seperti yang disebut diatas.
No comments:
Post a Comment