Wednesday, May 11, 2011

Rahsia di sebalik rasa selepas masaj - healing crisis

Terapi masaj adalah suatu pengalaman yang sangat mengasyikkan jika anda mendapat terapis yang bertauliah dan tahu apa yang anda mahukan. Dalam setiap sesi terapi masaj, adalah sangat penting bagi anda berkomunikasi dengan terapis anda.

Jika anda mahukan masaj untuk relaksasi, nyatakan kepada terapis anda. Begitu juga jika anda mempunyai apa-apa masalah dengan kesihatan anda, anda mesti memberitahu terapis anda. Sebagai terapis yang professional adalah perlu beliau juga mencungkil sejarah kesihatan anda supaya dapat menggunakan modaliti yang sesuai ketika sesi terapi masaj.

Pernah saya berjumpa beberapa orang pelanggan yang mengadu bahawa sesi masaj yang pernah beliau lalui sangat menyakitkan. Sekira ini berlaku kepada anda, perlulah anda memberitahu terapis anda supaya mengurangkan tekanan ketika masaj. Suka juga saya ingatkan disini bahawa kadangkala apabila kita mempunyai urat-urat yang tersimpul atau urat-urat yang tegang, apabila disentuh sahaja kita akan merasa sangat sakit. Bagi para terapis, keadaan ini perlulah pengurusan yang bijak. Anda tidak seharusnya masaj tepat di tempat yang sakit. Masajlah di kawasan persekitaran bahagian yang sakit itu dengan tekanan rendah supaya urat-urat itu panas dan dapat mengalirkan lebih banyak darah bahagian berdekatan dan muga-muga ia akan melalui kawasan "mati" tadi dan dengan perlahan-lahan cuba sentuh bahagian yang sakit itu. Jika kesakitan berkurangan, ulang lagi berkali-kali dan apabila kesakitan kurang barulah kita boleh masaj bahagian itu.

Suka saya ingatkan bahawa setelah selesai satu terapi masaj, subjek mestilah meminum sekurang-kurangnya segelas besar air. Subjek juga sangat digalakkan supaya bergerak aktif dan bukannya terus tidur kerana jika kita bergerak aktif untuk sekurang-kurangnya 15 minit, pengaliran darah dalam tubuh kita dan akan bergerak dengan lebih aktif dan dapat membantu menyah toksik yang pecah ketka terapi masaj dijalankan.

Antara indikasi-indikasi yang lazim akan dirasai oleh subjek selepas terapi masaj adalah kerap membuang air kecil. Sekiranya kita tidak minum air atau kurang minum air selepas terapi masaj, kita akan merasakan sedikit keletihan ketika bangun pagi. Jika ini berlaku,disyorkan supaya mandi air panas dan apabila hendak selesai mandi bilaslah dengan air yang tidak panas. Minumlah banyak air kerana inidakasi sebegini sebenarnya adalah tubuh anda sedang berlawan untuk menyah toksik dari masaj malam tadi. Jika keadaan berlanjutan, elok juga anda berjumpa terapis anda untuk menjalani terapi masaj yang pendek dan ringan.

Akhir sekali, sebenarnya jika anda menjalani sesuatu terapi masaj, adalah lebih baik dijalankan pada suhu bilik yang tidak terlalu sejuk. Badan yang panas akan membantu melancarkan darah didalam tubuh. 

Sekian. Hingga bertemu lagi.


No comments:

Post a Comment