Dua petang yang lalu saya dijemput oleh sifu saya untuk membantu beliau menjalani khidmat corporate massage kepada tetamu British Council yang berkunjung ke Malaysia. Rata-rata tetamu itu adalah para akademis dari pelbagai fakulti dan pelbagai universiti dari Britain. Ramai kalangan yang mendapat servis dari saya adalah dekan-dekan dan pensyarah. Saya juga teruja memberi servis kepada dekan-dekan dari fakulti pentadbiran perniagaan dari universiti yang mana saya mendapat ijazah sarjana (Masters degree) saya, sebuah university yang sangat tinggi rankingnya di England. Banyaklah yang kami bertukar-tukar pendapat terutama sekali keterujaan mereka terhadap profesyen yang saya ceburi iaitu complementary therapy.
Kita tinggalkan lah cerita di atas. Corporate massage adalah suatu khidmat baru yang menjadi semakin popular di banyak negara atas angin. Corporate massage adalah satu khidmat di mana syarikat-syarikat besar mula mendapatkan terapis-terapis yang bertauliah (certified therapist) untuk datang memberi khidmat terapi head, neck and shoulders kepada pekerja-pekerja mereka. Ini sangat penting kepada mereka kerana melalui terapi ini, pekerja-pekerja yang keletihan dan berhadapan dengan muscle stress kerana terlalu lama bekerja dihadapan komputer akan dapat segera memulih semangat mereka setelah mendapat terapi masaj head, neck and shoulders selama antara 15-20 minit.
Adalah sangat penting mendapat khidmat dari terapis yang bertauliah kerana mereka ini berkebolehan menyelongkar urat-urat yang mengalami stress/tekanan. Dengan skill yang mereka pelajari, umumnya mereka akan berjaya merungkai simpul-simpul urat yang menyebabkan stress yang kadangkala membuat pekerja sangat tidak selesa, sakit tengkok dan leher, sakit bahu dan ada yang menghadapi pening disebabkan oleh stress muscle mereka. Apabila ini berlaku, produktiviti akan menurun dan ramai juga di kalangan mereka akan sentiasa balek awal atau pun call in sick.
Dengan adanya sesi corporate massage ini, perkara negatif seperti di atas dapat dikurangkan. Pekerja juga akan sentiasa mengambil peluang ini kerana mereka tahu bahawa mereka akan mendapat terapi sebegini secara percuma di mana kos untuk mendapat khidmat yang sama agak tinggi jika mereka pergi ke spa-spa terapi komersal. Corporate massage juga adalah satu umpan banyak syarikat-syarikat besar mendapat pekerja-pekerja berkualiti apabila diberitahu bahawa syarikat menyediakan hidmat masaj head, neck and shoulder secara berjadual sebagai salah satu insentif kepada pekerja mereka.
Para terapis corporate massage juga perlu bijak berkomunikasi terutama sekali dalam memberi sedikit edukasi kepada subjek mereka dan bagaimana simpulan-simpulan urat berlaku. Pengetahuan mengenai anotomi fizikal seseorang manusia juga sangat penting kerana ini membantu mereka memberi pandangan dan pendapat jika seseorang subjek mereka ingin mengetahui sebab-sebab stress berlaku mahupun lain-lain kesakitan yang bersangkutan dengan fizikal mereka. Pengengetahuan ini sangat penting sebagai terapis corporate massage. Para terapis juga perlu mempelajari adat sopan ketika melaksanakan corporate massage kerana umumnya corporate massage dilaksanakan secara terbuka. Para terapis juga mesti bersedia untuk bekerja dalam jangka watu yang panjang dimana mereka terpaksa berdiri sepanjang sesi corporate massage.
Kini syarikat-sayarikat besar di Malaysia juga mula mengamalkan insentif sebegini kepada pekerja mereka terutama sekali untuk majlis-majlis tertentu mereka, mesyuarat-mesyuarat yang memakan waktu yang lama lagi stressful, di majlis makan malam, di hari keluarga, ketika waktu-waktu sibuk diakhir tahun di mana akaun syarikat perlu ditutup dan sebagainya.
Cheers..
Well done Bro!
ReplyDeleteCheers,
Lee (Aiki)
thank you sensei hehehe
ReplyDelete